Google Workspace for Education Plus
Penyelesaian teknologi pendidikan untuk anda
Tidak perlu lagi melabur dalam alatan teknologi pendidikan lain dengan Education Plus, penyelesaian kami yang paling menyeluruh, yang menyediakan keselamatan dan cerapan lanjutan serta alatan mudah digunakan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran.
Rancang dan bezakan dengan lebih pantas menggunakan alatan AI tanpa kos untuk pendidik
Google Workspace for Education menyertakan akses kepada alatan AI yang canggih - seperti Gemini for Education, NotebookLM dan Gemini dalam Classroom - tanpa kos. Keupayaan lanjutan tersedia dengan Education Plus dan alat tambah yang terpilih.
Gemini for Education
Rancang pelajaran, peribadikan pembelajaran dan jalankan tugas harian dengan lebih pantas dengan bantuan Gemini, pembantu AI anda untuk pendidikan.
NotebookLM
Fahami apa-apa sahaja dengan NotebookLM, rakan kongsi penyelidikan dan pemikiran peribadi anda yang dikuasakan AI, hanya berdasarkan sumber yang anda berikan.
Gemini merupakan Pembantu AI anda merentas Google Workspace for Education
Buat kandungan
Buat kandungan dalam beberapa saat: beralih daripada halaman kosong kepada draf rancangan mengajar, cadangan geran, surat syor dan pelbagai lagi dengan Gemini dalam Docs. Di sini, seorang pemimpin pendidikan menggunakan Gemini dalam panel sisi Docs untuk mendraf cadangan geran.
Buat kandungan dalam beberapa saat: beralih daripada halaman kosong kepada draf rancangan mengajar, cadangan geran, surat syor dan pelbagai lagi dengan Gemini dalam Docs. Di sini, seorang pemimpin pendidikan menggunakan Gemini dalam panel sisi Docs untuk mendraf cadangan geran.
Rancang dan bezakan
Ubah idea menjadi pelajaran dengan lebih pantas menggunakan Gemini dalam Classroom, set alatan AI untuk pengajaran dan pembelajaran. Di sini, seorang guru membuat draf rancangan mengajar dengan pantas untuk kelas matematik gred 7 mereka.
Ubah idea menjadi pelajaran dengan lebih pantas menggunakan Gemini dalam Classroom, set alatan AI untuk pengajaran dan pembelajaran. Di sini, seorang guru membuat draf rancangan mengajar dengan pantas untuk kelas matematik gred 7 mereka.
Analisis data
Dapatkan bantuan untuk membuat formula, mengatur data dan pelbagai lagi dengan Gemini dalam Sheets. Di sini, seorang pemimpin pendidikan menganalisis data prestasi pelajar di seluruh sekolah di daerah mereka.
Dapatkan bantuan untuk membuat formula, mengatur data dan pelbagai lagi dengan Gemini dalam Sheets. Di sini, seorang pemimpin pendidikan menganalisis data prestasi pelajar di seluruh sekolah di daerah mereka.
Pembentangan dipertingkatkan
Hidupkan pembentangan dengan imej asli dan reka bentuk menggunakanGemini dalam Slides. Di sini, seorang pemimpin pendidikan membuat imej dalam warna institusi pendidikan mereka untuk disertakan dalam pembentangan yang mengumumkan program sains baharu.
Hidupkan pembentangan dengan imej asli dan reka bentuk menggunakanGemini dalam Slides. Di sini, seorang pemimpin pendidikan membuat imej dalam warna institusi pendidikan mereka untuk disertakan dalam pembentangan yang mengumumkan program sains baharu.
Buat video yang diperhalus
Buat draf video dengan babak yang dicadangkan, media stok, muzik latar dan pelbagai lagi menggunakan Gemini dalam Vids. Di sini, dengan gesaan ringkas dan fail daripada Drive mereka, pengarah pemasaran di universiti membuat video yang mengumumkan program STEM baharu.
Buat draf video dengan babak yang dicadangkan, media stok, muzik latar dan pelbagai lagi menggunakan Gemini dalam Vids. Di sini, dengan gesaan ringkas dan fail daripada Drive mereka, pengarah pemasaran di universiti membuat video yang mengumumkan program STEM baharu.
Buat borang dan tinjauan
Draf borang dengan pantas menggunakan gesaan teks ringkas atau berdasarkan fail daripada Drive menggunakan Gemini dalam Forms. Di sini, seorang pemimpin pendidikan membuat borang dengan pantas untuk dihantar kepada pelajar untuk mengukur minat mereka terhadap program STEM baharu.
Draf borang dengan pantas menggunakan gesaan teks ringkas atau berdasarkan fail daripada Drive menggunakan Gemini dalam Forms. Di sini, seorang pemimpin pendidikan membuat borang dengan pantas untuk dihantar kepada pelajar untuk mengukur minat mereka terhadap program STEM baharu.
Automasikan kerja yang rumit dengan ejen AI pintar menggunakan Google Workspace Studio
Buat, urus dan kongsi Ejen AI secara terus dalam Google Workspace – dikuasakan oleh Gemini.
-
Buat persediaan untuk setiap mesyuarat
Hadir ke setiap mesyuarat atau kumpulan belajar dalam keadaan bersedia menggunakan ejen yang meringkaskan butiran mesyuarat akan datang, tarikh akhir yang penting, hadirin dan lampiran serta menyampaikan maklumat kepada anda melalui Chat.
-
Terjemahkan item tindakan
Dapatkan item tindakan mesyuarat, terjemahkan dan kongsi item tersebut dengan pasukan anda secara automatik dengan ejen dalam Google Workspace. Ciri ini membolehkan pemimpin sekolah menjana dan mengedarkan nota yang diterjemahkan untuk memastikan semua orang mengetahui langkah seterusnya tanpa mengira bahasa pertuturan mereka.
-
Labelkan e-mel keutamaan secara automatik
Jimatkan masa dengan ejen yang menapis e-mel anda untuk memaparkan keutamaan yang penting, mengekstrak tugasan yang boleh diambil tindakan dan tarikh tamat. Hal ini membolehkan pentadbir mengasingkan tarikh akhir pematuhan yang sensitif masa dan permintaan kelulusan belanjawan dengan serta-merta.
-
Simpan lampiran pada Drive
Kurangkan tugasan manual dengan ejen yang menyimpan lampiran e-mel secara automatik pada folder Drive dan merekodkan lampiran tersebut dalam Sheets – semuanya tanpa meninggalkan Gmail. Bayangkan pendidik menyimpan slip kebenaran yang ditandatangani secara automatik pada folder yang selamat sambil mengemaskinikan senarai daftar kelas dengan serta-merta.
Buat persediaan untuk setiap mesyuarat
Hadir ke setiap mesyuarat atau kumpulan belajar dalam keadaan bersedia menggunakan ejen yang meringkaskan butiran mesyuarat akan datang, tarikh akhir yang penting, hadirin dan lampiran serta menyampaikan maklumat kepada anda melalui Chat.
Terjemahkan item tindakan
Dapatkan item tindakan mesyuarat, terjemahkan dan kongsi item tersebut dengan pasukan anda secara automatik dengan ejen dalam Google Workspace. Ciri ini membolehkan pemimpin sekolah menjana dan mengedarkan nota yang diterjemahkan untuk memastikan semua orang mengetahui langkah seterusnya tanpa mengira bahasa pertuturan mereka.
Labelkan e-mel keutamaan secara automatik
Jimatkan masa dengan ejen yang menapis e-mel anda untuk memaparkan keutamaan yang penting, mengekstrak tugasan yang boleh diambil tindakan dan tarikh tamat. Hal ini membolehkan pentadbir mengasingkan tarikh akhir pematuhan yang sensitif masa dan permintaan kelulusan belanjawan dengan serta-merta.
Simpan lampiran pada Drive
Kurangkan tugasan manual dengan ejen yang menyimpan lampiran e-mel secara automatik pada folder Drive dan merekodkan lampiran tersebut dalam Sheets – semuanya tanpa meninggalkan Gmail. Bayangkan pendidik menyimpan slip kebenaran yang ditandatangani secara automatik pada folder yang selamat sambil mengemaskinikan senarai daftar kelas dengan serta-merta.
Gabungkan teknologi pendidikan anda dengan penyelesaian tunggal
Kurangkan kos, tingkatkan keselamatan dan jimatkan masa dengan penyelesaian tunggal yang menyeluruh.
Education Plus mengurangkan keperluan untuk melabur dalam teknologi pendidikan lain
Singkirkan keperluan untuk alatan keselamatan, kerjasama, pengesanan plagiarisme, pembelajaran boleh suai dan storan yang lama. Dapatkan akses kepada alatan yang intuitif dan mudah digunakan.
Kurangkan insiden pancingan data dengan beralih kepada Education Plus.
Jimatkan masa dengan memperkemas tugas pentadbiran dan elakkan pembaziran masa pengajaran yang berharga semasa bertukar-tukar alatan dengan log masuk berbeza; akses alatan yang disepadukan dengan rapi pada satu tempat dengan log masuk sekali.
Perkukuhkan keselamatan dan cerapan dengan alatan proaktif
Lindungi komuniti pendidikan anda dengan salah satu set produktiviti berasaskan awan yang paling selamat di dunia, yang memberikan perlindungan automatik, keterlihatan dan kawalan berpusat serta analitis yang hebat.
Ciri premium menyediakan pendekatan yang proaktif kepada keselamatan
Cegah, kesan dan pulihkan insiden keselamatan merentas Gmail, Drive, peranti dan pelbagai lagi dalam pusat keselamatan.
Hentikan serangan perisian tebusan sebelum serangan tersebut bermula dengan mengimbas lampiran e-mel dalam Kotak Pasir Keselamatan maya secara automatik sebelum lampiran itu dibuka.
Peroleh keterlihatan segera dalam papan pemuka keselamatan bersepadu, dengan butiran seperti perisian hasad dan spam yang dibenderakan, pelanggaran peraturan pencegahan kehilangan data, peranti terjejas, perkongsian fail luaran dan pelbagai lagi.
Kenal pasti, tentukan keutamaan dan ambil tindakan terhadap ancaman keselamatan serta privasi dengan alat penyiasatan keselamatan.
Lindungi akses dan buat dasar akses sedar konteks bagi pengguna yang boleh mengakses apl berdasarkan atribut seperti identiti pengguna, lokasi, alamat IP dan pelbagai lagi.
Kawal cara fail boleh dikongsi dan kelaskan fail berdasarkan tahap sensitiviti kandungan dengan label Drive, peraturan kepercayaan dan khalayak sasaran.
Fahami kemungkinan risiko keselamatan anda, pulangan pelaburan dan peluang pembangunan profesional secara lebih baik dengan mengeksport data peristiwa log melalui BigQuery dan membuat gambaran data dalam Looker Studio.
Google menyediakan privasi dan keselamatan yang terunggul dalam industri
100 M
percubaan pancingan data disekat oleh Gmail setiap hari
99.9%
spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad disekat dengan perlindungan AI dalam Gmail
30,000
laman web tidak selamat dikenal pasti oleh Google setiap minggu
Anda pemilik data anda
Anda mengekalkan hak harta intelek penuh atas data anda dan mengawal pengguna yang boleh memuat turun data itu serta masa data boleh dimuat turun.
Protokol privasi yang ketat
Privasi ialah asas kepada cara kami membina produk. Standard privasi yang ketat menjadi panduan pada setiap peringkat pembangunan produk.
Tiada pengiklanan
Perkhidmatan teras seperti Gmail, Calendar dan Classroom tidak mengandungi iklan.
Menyokong pematuhan terhadap FERPA, COPPA, GDPR dan pelbagai lagi
Penyelesaian kami menyokong pematuhan terhadap keperluan privasi serta keselamatan global yang ketat.
Perkayakan dan peribadikan pengajaran dan pembelajaran
Perkasakan pendidik untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dengan alatan mudah digunakan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran, mempermudah pengurusan kelas dan membolehkan pengajaran serta pembelajaran dilakukan dari mana-mana sahaja.
Ciri premium meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada tahap seterusnya
Tingkatkan pengajaran dalam kelas dengan Alatan pembelajaran untuk Chromebook terurus, tersedia dengan Google Workspace for Education Plus. Penggunaan alatan tersebut adalah sama seperti mod pengajaran untuk Chromebook anda.
Berhubung dengan kelas anda dengan menghantar dan menyematkan kandungan pengajaran pada skrin pelajar, melihat skrin pelajar dari jauh dalam kelas dan berkongsi tugasan contoh di hadapan kelas.
Bantu pelajar kekal fokus pada tugasan dengan menetapkan peranti pelajar kepada mod penerokaan, fokus atau berkunci — tiga cara berbeza untuk melaraskan cara mereka berinteraksi dengan kandungan pengajaran.
Jadikan pembelajaran lebih mudah diakses untuk pelajar yang pekak atau pekak labang, atau untuk pelajar bahasa dengan sari kata dan terjemahan pada Chromebook mereka, membolehkan mereka mengikuti kandungan kelas.
Perkasakan potensi pelajar dengan set latihan — tugasan interaktif dalam Classroom yang menyediakan maklum balas, gesaan dan pembayang masa nyata dengan bantuan AI.
Bantu pelajar membina kemahiran celik huruf dengan Read Along, alat berasaskan pertuturan yang membantu pelajar memupuk kemahiran membaca dengan sendiri, sementara memberi pendidik cerapan tentang kemajuan mereka(akan datang).
Galakkan pemikiran asli dan semak untuk mengesan plagiarisme dengan laporan keaslian tanpa had yang membandingkan tugasan pelajar dengan berbilion-bilion halaman web, lebih 40 juta buku dan repositori milik sekolah anda.
Buat keputusan yang lebih termaklum menggunakan Analitis Classroom dengan memperoleh keterlihatan tentang prestasi kelas, penyelesaian tugasan pelajar, aliran markah dan penggunaan Classroom secara keseluruhan.
Sokong guru dan pelajar secara lebih baik dengan melawati kelas secara maya dan memberikan akses sementara kepada pengganti serta kakitangan sokongan, tanpa perlu menjadi guru bersama Classroom.
Dapatkan storan Drive tambahan: 20GB untuk setiap lesen berbayar selain 100 TB storan awan terkumpul yang dikongsi oleh seluruh institusi anda.
Automasikan proses pentadbiran dengan AppSheet Core, yang akan memperkasakan anda untuk membina apl tersuai tanpa pengekodan.
Sediakan persidangan video yang mudah digunakan, boleh dipercayai dan selamat agar anda dapat menawarkan lebih kefleksibelan untuk kelas, persidangan ibu bapa dan guru, pembangunan profesional dan pelbagai lagi.
Mantapkan peluang pembelajaran dengan bilik pecahan, penjejakan kehadiran, Soal Jawab interaktif, tinjauan pendapat, transkrip automatik, rakaman dan pelbagai lagi.
Wujudkan hubungan merentas seluruh komuniti sekolah anda dan libatkan maksimum 1000 peserta atau strim langsung kepada seramai 100,000 penonton.
Persiapkan pelajar anda untuk pengajian di kolej, kerjaya dan kehidupan mereka
Bina komuniti pendidikan yang berkembang maju yang memberi pelajar dan fakulti kemahiran dan teknologi yang diperlukan oleh mereka pada masa ini—dan masa hadapan.
75%
pelajar universiti lebih suka menggunakan Google Workspace sebagai suite produktiviti pilihan mereka.
Sumber: Sada Systems, Inc. 23 Ogos 2022
96%
Syarikat Permulaan Akan Datang yang bernilai $1 Bilion dalam senarai Forbes menggunakan Google Workspace.
Edisi yang manakah sesuai untuk institusi anda?
Penyelesaian Google Workspace for Education menawarkan pilihan dan kefleksibelan. Cari padanan yang sesuai untuk komuniti pendidikan anda.
1 Google Workspace for Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi yang layak. Ketahui lebih lanjut.
Dapatkan Google AI Pro for Education
Serlahkan potensi anda dengan akses meluas kepada model dan ciri AI premium dalam Gemini for Education dan NotebookLM serta akses penuh kepada Gemini dalam apl Workspace yang anda ketahui dan suka, seperti Gmail, Docs dan pelbagai lagi.
ALAT TAMBAH BAGI MANA-MANA EDISI
Google AI Pro for Education
Pembantu AI anda untuk pengajaran dan pembelajaran:
Akses penuh kepada Gemini dalam Gmail, Meet, Drive, Docs, Slides, Google Vids, Workspace Studio, Forms, Sheets dan Chat
Tingkatkan pencapaian dengan akses meluas kepada model dan ciri premium dalam Gemini for Education
Percepatkan pembelajaran dan perkongsian pengetahuan dengan akses meluas kepada model dan ciri premium pada NotebookLM
Privasi dan keselamatan gred perusahaan
Keselamatan yang lebih proaktif dengan pencegahan kehilangan data yang dipertingkatkan AI
Sumber untuk membantu anda bermula dengan Education Plus
Ketahui lebih lanjut tentang cara bermula dengan Google Workspace for Education melalui video latihan, panduan dan sumber tambahan ini.
Tunjuk cara produk
Terokai produk dengan terperinci melalui panduan langkah demi langkah untuk membiasakan diri dengan cara produk tersebut berfungsi dalam kelas.
Sumber Workspace berbayar
Lihat koleksi sumber kami untuk membantu anda menyediakan dan mula menggunakan edisi berbayar anda.
Latihan pendidik
Latihan langkah demi langkah ini mengajar strategi praktikal bagi cara penggunaan alatan Google untuk pembelajaran secara bersemuka dan pengurusan bilik darjah.
Kebolehaksesan
Ketahui tentang ciri kebolehaksesan untuk menyokong pelajar dengan pelbagai keperluan dan gaya pembelajaran.
“Seorang pengguna kami menerima e-mel yang merupakan percubaan untuk memancing data. Kami dapat menggunakan Google Workspace for Education Plus untuk mengawal mesej tersebut. Kami boleh mengawal kandungan yang menimbulkan kebimbangan terus daripada Konsol pentadbiran.”
Pengurus Kanan Rangkaian
Newburgh Enlarged School District“Oleh sebab Meet dan alatan lain dalam Education Plus mudah digunakan, maka pengalaman pelajar menjadi lebih baik. Pelajar kami sibuk dengan kerja dan terpaksa menaiki bas dan Metro untuk pergi ke kampus UIN selepas bekerja – mereka tiada masa atau kesabaran untuk mengendalikan teknologi yang rumit.”
Ketua Pegawai Akademik
Universidad Insurgentes, México“Langganan [Education Plus] mengubah produk yang bagus menjadi produk yang betul-betul bagus. Saya berpendapat bahawa hal ini demikian kerana produk ini merupakan teras dalam pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran setiap sekolah, maka produk ini bukan sekadar bagus untuk dimiliki. Produk ini sememangnya satu kemestian bagi semua sekolah pada masa kini.”
Rakan kongsi perniagaan IT
K–12, Eropah“Google Classroom benar-benar memudahkan pelaksanaan pembelajaran yang diperibadikan…Kami terus menggunakan produk ini untuk mengubah suai pelajaran bagi pelajar secara berasingan atau memberikan ulasan tentang kerja rumah mereka jika kami mahu membantu mereka memahami pelajaran dengan lebih baik.”
Guru Sains dan Jurulatih Teknologi
Sekolah Menengah McGuffey
Mulakan hari ini dengan Education Plus
Bersedia untuk menggunakan penyelesaian semua dalam satu yang mengukuhkan keselamatan dan menyingkirkan keperluan untuk melabur dalam penyelesaian teknologi pendidikan yang lain? Buat peningkatan kepada Education Plus hari ini.
Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya
Untuk mendapatkan maklumat tentang harga dan ciri Google Workspace for Education, sila akses carta perbandingan kami.
Tidak. Memandangkan harga Education Plus adalah mengikut pendaftaran (bagi setiap pelajar), institusi anda boleh memberikan manfaat Education Plus kepada seluruh komuniti pendidikan. Bagi setiap empat lesen pelajar yang dibeli, anda akan menerima satu lesen kakitangan. Syarat pembelian minimum ditentukan oleh saiz sekolah supaya anda tidak akan membeli lesen melebihi jumlah yang diperlukan.
Education Plus tersedia melalui rakan kongsi Google Workspace for Education yang sah ini. Untuk menghubungi mereka dan mendapatkan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang di sini. Jika anda sudah pun berurusan dengan rakan kongsi, anda boleh terus menghubungi mereka.
Ya, Google menawarkan diskaun automatik untuk pelanggan yang terikat dengan kontrak bagi pembelian berbilang tahun (dua tahun atau lebih) untuk Google Workspace for Education Plus. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubung dengan penjual semula rakan kongsi Google Workspace for Education anda dan/atau wakil Google for Education.
Tidak, kontrak Google Workspace for Education yang baharu atau tambahan tidak diperlukan.
No, Education Plus and Education Standard are both licensed as full-domain editions. Education institutions can purchase
Ya, sekolah yang membeli Education Standard dan Education Plus untuk semua pelajar akan menerima satu lesen kakitangan untuk setiap empat lesen pelajar yang dibeli.
Ya, perbezaannya hanyalah lesen kakitangan boleh menstrimkan mesyuarat secara langsung kepada maksimum 100,000 peserta. Semua ciri dan keupayaan lain adalah sama antara lesen pelajar dengan kakitangan.
Institusi yang melanggan Education Plus mempunyai storan terkumpul sebanyak 100TB yang boleh digunakan untuk pengurusan dan peruntukan mereka mengikut kesesuaian. Selain itu, mereka menerima 20 GB bagi setiap lesen yang ditambahkan pada storan terkumpul mereka, tanpa had. Sila lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.
Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Education Plus.
Alat tambah dijual secara berasingan dan menawarkan kefungsian premium untuk pengguna tertentu dalam domain Google Workspace for Education anda.