Pembelajaran digital yang lebih selamat dengan Google for Education
Google for Education menyediakan teknologi pendidikan peneraju industri yang membantu untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran digital yang lebih selamat untuk setiap organisasi pendidikan, setiap bilik darjah dan setiap pelajar. Kekalkan kawalan terhadap data organisasi anda dengan alatan yang selamat secara lalai dan direka bentuk untuk privasi.
Aspek privasi dan keselamatan terbina dalam Google for Education.
Perlindungan terbina dalam
Kemaskinian keselamatan digunakan secara automatik pada latar agar pembelajaran tidak terganggu.
Sekatan proaktif
Pemantauan pada setiap masa yang dikuasakan AI membantu untuk mencegah masalah keselamatan manakala makluman masa nyata membolehkan tindakan diambil dengan segera.
Boleh diskalakan dan boleh dipercayai
Bergantung pada rangkaian global kami yang terbaik dalam industri yang dibina dengan keselamatan berbilang lapisan yang mampu menangani perubahan permintaan yang ekstrem dengan jaminan masa hidup 99.9%.
Petua berguna untuk mengelakkan ancaman
Dapatkan syor yang disesuaikan daripada Google untuk menangani berbilang ancaman keselamatan seperti perisian hasad, perisian tebusan, kebocoran data dan banyak lagi.
Perlindungan keselamatan dikuasakan AI
Membantu untuk memastikan maklumat anda dilindungi dengan keupayaan untuk mengesan dan menghalang ancaman secara automatik sebelum anda menjadi sasaran.
Utamakan privasi untuk komuniti anda dengan alatan yang mengekalkan standard tanggungjawab digital yang tertinggi.
Sokong pematuhan
Sistem kami memenuhi standard privasi yang ketat dan diaudit secara tetap oleh organisasi pihak ketiga untuk memastikan pematuhan.
Tiada iklan
Tiada pengiklanan dalam perkhidmatan teras Google Workspace for Education seperti Drive, Classroom dan Gmail, malah maklumat peribadi tidak akan sekali-kali digunakan atau dijual kepada pihak ketiga untuk penyasaran iklan.
Ketelusan yang boleh anda percayai
Kami mengenakan protokol keselamatan yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi yang dipegang oleh organisasi anda dan memastikan ketelusan penuh terhadap dasar privasi kami.
Alatan AI generatif yang dikawal oleh pentadbir
Apabila anda menggunakan alatan AI generatif kami, akses pada tahap produk dikawal oleh pentadbir dan data Google Workspace for Education tidak digunakan untuk meningkatkan atau melatih model AI.
Kekalkan kawalan terhadap data organisasi anda dengan tetapan privasi dan keselamatan yang mudah digunakan.
Pemilikan data
Kekalkan kawalan penuh terhadap data anda dengan alatan yang membantu anda mengurus cara, masa dan tempat data boleh diakses.
Kawalan berpusat
Pantau dan laraskan tetapan keselamatan anda daripada pusat keselamatan merentas seluruh sekolah atau institusi, kelas atau individu.
Analitis yang boleh diambil tindakan
Pantau dan ambil tindakan terhadap makluman masa nyata yang boleh anda tetapkan pada papan pemuka keselamatan dengan laporan yang boleh disesuaikan dengan perkara yang mahu anda lihat.
Akses sumber pendidikan yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai.
Kandungan berasaskan umur dan penyemakan imbas yang lebih selamat
Tetapan lalai pada Google Search dan YouTube mengehadkan kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk pelajar yang berumur bawah 18 tahun serta memberi pentadbir kefleksibelan untuk melaraskan tetapan mengikut keperluan.
Apl bersepadu, dibina untuk pendidikan
Temukan apl yang berkualiti untuk institusi anda dengan cepat menerusi Hab Apl Google for Education, koleksi apl teknologi pendidikan yang bersepadu secara lancar dengan Google for Education.
Bekerjasama untuk kualiti
Mengajar dan belajar menggunakan apl pendidikan yang bermutu tinggi. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi binaan yang memfokuskan penghasilan pengalaman pendidikan yang lebih baik dan selamat.
Sokongan untuk membina tanggungjawab digital
Membantu semua orang dalam komuniti pendidikan anda meningkatkan perilaku digital dan keselamatan Internet mereka menerusi sumber dan latihan daripada Google, yang tersedia tanpa caj.
AI yang Bertanggungjawab
Seiring dengan kemajuan AI, Google terus melabur dalam perlindungan dan ujian. Kami bekerjasama dengan pakar keselamatan dan pembangunan kanak-kanak untuk mereka bentuk dasar keselamatan kandungan yang bersesuaian dengan umur, termasuk untuk model yang menguasakan Gemini.
Semak tawaran produk dan keselamatan Google for Education dengan lebih teliti
Google Workspace for Education
Google Workspace ialah satu daripada suite komunikasi dan produktiviti berasaskan awan yang paling selamat di dunia dengan alatan keselamatan dan pengurusan untuk melindungi dan memantau seluruh domain anda. Pilih edisi yang paling sesuai dengan keperluan institusi anda.
Education Fundamentals
- Perlindungan data gred perusahaan dalam Gemini
Sembang dengan Gemini tidak disemak oleh jurusemak atau digunakan untuk meningkatkan model AI.
- Perlindungan automatik
Sekat lebih daripada 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad daripada menyerang anda dengan perlindungan yang dikuasakan AI dalam Gmail.
- Pusat makluman
Lihat dan ambil tindakan terhadap kemungkinan ancaman keselamatan terhadap domain anda dalam pusat makluman yang menyeluruh.
- Pengurusan identiti dan akses
Mengurus akses kepada alatan dengan pengesahan dua faktor, log masuk sekali dan pengurusan kata laluan.
- Audit dan siasatan
Pantau dan cegah amalan yang tidak selamat merentas domain anda dengan log peristiwa aktiviti pengguna.
- Urus dan arkibkan data anda
Kekalkan, buat carian dan eksport data pengguna sambil menetapkan peraturan anda sendiri untuk pencegahan kehilangan data (DLP).
Education Standard
- Perlindungan data gred perusahaan dalam Gemini
Sembang dengan Gemini tidak disemak oleh jurusemak atau digunakan untuk meningkatkan model AI.
- Perlindungan automatik
Sekat lebih daripada 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad daripada menyerang anda dengan perlindungan yang dikuasakan AI dalam Gmail.
- Pusat makluman
Lihat dan ambil tindakan terhadap kemungkinan ancaman keselamatan terhadap domain anda dalam pusat makluman berpusat.
- Pengurusan identiti dan akses
Mengurus akses kepada alatan dengan pengesahan dua faktor, log masuk sekali dan pengurusan kata laluan.
- Audit dan siasatan
Pantau dan cegah amalan yang tidak selamat merentas domain anda dengan log peristiwa aktiviti pengguna.
- Urus dan arkibkan data anda
Kekalkan, buat carian dan eksport data pengguna sambil menetapkan peraturan dan dasar rantau data anda sendiri untuk menyokong keperluan pematuhan dan pencegahan kehilangan data (DLP).
- Pengesanan lanjutan
Cegah ancaman, lakukan pemantauan secara berpusat dan automatik, dapatkan cerapan dan syor serta tingkatkan keberkesanan keselamatan anda secara keseluruhan dalam pusat keselamatan.
- Pemulihan segera
Cegah dan pulihkan perisian hasad, pancingan data, spam dan serangan siber yang lain dengan mengenal pasti masalah serta mengambil tindakan dengan segera daripada konsol pusat.
- Kawalan terperinci
Buat dasar sedar konteks untuk akses apl dan kawal cara fail boleh dikongsi merentas kumpulan, jabatan dan dengan organisasi luar.
- Pengurusan titik akhir perusahaan
Lakukan kerah tugas, tetapkan peraturan, lakukan audit dan banyak lagi secara berpusat dengan tetapan peranti dan apl titik akhir merentas Windows, Android dan iOS.
Education Plus
- Perlindungan data gred perusahaan dalam Gemini
Sembang dengan Gemini tidak disemak oleh jurusemak atau digunakan untuk meningkatkan model AI.
- Perlindungan automatik
Sekat lebih daripada 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad daripada menyerang anda dengan perlindungan yang dikuasakan AI dalam Gmail.
- Pusat makluman
Lihat dan ambil tindakan terhadap kemungkinan ancaman keselamatan terhadap domain anda dalam pusat makluman berpusat.
- Pengurusan identiti dan akses
Mengurus akses kepada alatan dengan pengesahan dua faktor, log masuk sekali dan pengurusan kata laluan.
- Audit dan siasatan
Pantau dan cegah amalan yang tidak selamat merentas domain anda dengan log peristiwa aktiviti pengguna.
- Urus dan arkibkan data anda
Kekalkan, buat carian dan eksport data pengguna sambil menetapkan peraturan dan dasar rantau data anda sendiri untuk menyokong keperluan pematuhan dan pencegahan kehilangan data (DLP).
- Pengesanan lanjutan
Cegah ancaman, lakukan pemantauan secara berpusat dan automatik, dapatkan cerapan dan syor serta tingkatkan keberkesanan keselamatan anda secara keseluruhan dalam pusat keselamatan.
- Pemulihan segera
Cegah dan pulihkan perisian hasad, pancingan data, spam dan serangan siber yang lain dengan mengenal pasti masalah serta mengambil tindakan dengan segera daripada konsol pusat.
- Kawalan terperinci
Buat dasar sedar konteks untuk akses apl dan kawal cara fail boleh dikongsi merentas kumpulan, jabatan dan dengan organisasi luar.
- Pengurusan titik akhir perusahaan
Lakukan kerah tugas, tetapkan peraturan, lakukan audit dan banyak lagi secara berpusat dengan tetapan peranti dan apl titik akhir merentas Windows, Android dan iOS.
Chromebook
Chromebook ialah peranti yang selamat, serba guna dan mudah diurus yang direka bentuk untuk pendidikan. Tiada serangan perisian tebusan pernah dilaporkan pada mana-mana peranti ChromeOS. Urus Chromebook dengan lesen pengurusan peranti kami, Peningkatan Pendidikan Chrome, untuk mendapatkan keupayaan kerah tugas, pengurusan dan keselamatan lanjutan berpusat pada skala besar.
Perkara yang akan anda peroleh dengan Chromebook
- Keselamatan terbenam
Perlindungan virus terbina dalam membantu untuk memastikan peranti selamat, melindungi identiti pengguna dan memastikan integriti sistem.
- Kemaskinian automatik
Membantu untuk memastikan perlindungan perisian hasad anda sentiasa terkini dan bergantung pada pembaikan automatik but disahkan jika peranti rosak.
- Kotak pasir
Membantu untuk mencegah penyebaran virus dengan memastikan setiap halaman web dan aplikasi dijalankan dalam persekitaran bertembok sendiri.
- Penyulitan data 256 bit
Semua peranti boleh memanfaatkan penyulitan data 256 bit yang membantu untuk melindungi Chromebook dan mengekalkan pertahanan terhadap serangan.
- Penyegerakan Chrome
Membolehkan pelajar log masuk pada mana-mana Chromebook atau penyemak imbas Chrome untuk mengakses semua apl, tetapan dan pilihan mereka.
- Syor yang disesuaikan
Elakkan ancaman keselamatan dan urus keselamatan serta dasar pengurusan identiti dan akses untuk semua pengguna secara berpusat, dalam konsol Pentadbir Google.
Perkara yang akan anda peroleh apabila anda menambahkan Peningkatan Pendidikan Chrome
- Pengurusan peranti dan keselamatan pada skala besar
Dapatkan semua keupayaan keselamatan Chromebook, dengan tetapan kerah tugas, pengurusan dan keselamatan lanjutan untuk memastikan komuniti pendidikan anda lebih selamat.
- Keselamatan termaju
Cegah kecurian data pada Chromebook dengan ciri keselamatan lanjutan yang membolehkan anda melumpuhkan peranti, menghapuskan data pengguna apabila log keluar dan pelbagai lagi dari jauh.
- Sokongan pentabir IT 24/7
Dapatkan manfaat tambahan bantuan penyelesaian masalah ChromeOS dengan sokongan pentadbir pada setiap masa.
- Kerah tugas dipermudah
Kerah tugas peranti dengan pendaftaran tanpa sentuhan, jejaki dan kawal kumpulan peranti anda, tetapkan anotasi tersuai dan sepadukan peranti dengan alatan pihak ketiga untuk menyediakan kawalan tambahan bagi peranti yang dikeluarkan oleh sekolah dan peranti milik pelajar yang berdaftar – semuanya daripada konsol Pentadbir Google yang berasaskan awan.
- Akses terurus
Kawal pengguna yang boleh log masuk pada Chromebook dan dayakan penggunaan bebas identiti untuk peranti dikongsi.
Google Workspace for Education dan Chromebook menyokong pematuhan standard yang ketat
Ketahui cara Google for Education menyokong pematuhan terhadap keperluan industri yang rumit dengan ciri keselamatan yang mantap, audit pihak ketiga dan pensijilan, dokumentasi serta komitmen undang-undang.
Pastikan pelajar lebih selamat dalam talian semasa mereka menggunakan alatan selepas waktu sekolah
Pembelajaran merupakan asas bagi perkara yang dilakukan oleh Google. Ketika pelajar belajar dan berkembang, kami menyediakan alatan untuk memastikan pelajar lebih selamat dalam talian, semasa mereka berada di sekolah dan di rumah. Akaun yang dikeluarkan oleh sekolah dan akaun peribadi terpisah sepenuhnya; malah, bagi akaun Google Workspace for Education, semua data pengguna dimiliki dan diurus oleh organisasi, bukan Google. Google hanya menyediakan teknologi untuk membantu pelajar meneruskan pembelajaran.
-
Lawati Pusat Keselamatan Keluarga
-
Terokai Panduan Privasi & Keselamatan untuk Penjaga
-
Lihat Kit Alat Teknologi untuk Keluarga dan Penjaga tentang keselamatan
-
Lawati laman web Google Families untuk mendapatkan alatan yang boleh digunakan untuk memanfaatkan teknologi untuk keluarga anda
-
Terokai Panduan Penjaga tentang AI
Hubungi Kami
Mulakan dengan Google for Education
Kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda dengan Google for Education. Hubungi kami dan kami akan membantu anda memilih teknologi yang sesuai untuk sekolah anda.
Soalan Lazim Privasi & Keselamatan
Cari jawapan bagi soalan lazim tentang cara Google melindungi privasi anda dan memastikan data anda selamat.
Sumber pentadbir IT Workspace berbayar
Lihat koleksi sumber kami untuk membantu anda menyediakan dan mula menggunakan edisi berbayar Google Workspace for Education anda.
Lihat Buku Panduan Keselamatan Siber K-12 kami
Baca Buku Panduan Keselamatan Siber K-12 kami untuk mengetahui amalan terbaik yang boleh digunakan untuk melindungi sekolah anda daripada ancaman.
Pembelajaran yang lebih selamat dengan Google for Education
Ketahui cara Google for Education membantu untuk menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang lebih selamat untuk organisasi pendidikan.